Penerangan
Audit Pemantauan bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah diadakan pada 30 September 2024 oleh Auditor SIRIM, Puan Nursheirie Sheiriena Binti Mohammad Za’im. Sesi audit ini berjalan lancar dengan kerjasama baik daripada para Auditee serta Auditor.
Sesi Audit Pemantauan MS:ISO 9001:2015 dijalankan oleh pihak SIRIM di JAS Ibu Pejabat serta JAS Negeri yang terpilih mulai 2 September hingga 2 Oktober 2024 dan JAS Negeri Johor merupakan antara negeri yang terpilih untuk sesi audit tersebut. Skop pengauditan adalah berkaitan Pemprosesan Laporan Environmental Impact Assessment (EIA) dan Penguatkuasaan Syarat-Syarat Kelulusan EIA.
JAS Negeri Johor sentiasa komited dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti ke arah memenuhi kehendak pemegang taruh melalui pematuhan terhadap objektif kualiti Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015.