Penerangan
Johor Bahru, 6 Oktober 2024 : Kursus Asas Pertolongan Cemas telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 1 dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kulai yang disertai seramai 40 orang warga kerja Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas tentang pengurusan pertolongan cemas (First Aid) kepada pegawai di JAS Johor mengenai tindakan awal kecemasan yang boleh diambil semasa kemalangan atau kecemasan perubatan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan di tempat kerja.
Para peserta didedahkan secara asas mengenai Asas Pertolongan Cemas, Teori Luka Pendarahan dan Sistem Pernafasan, Praktikal Luka Pendarahan,Pengurusan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) Dewasa dan Kanak-Kanak serta praktikal CPR.