Penerangan
2 OKTOBER 2024, PONTIAN, JOHOR - Pegawai Penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) bertindak di atas aduan awam bunyi bising daripada premis pratuang konkrit dikawasan Perindustrian Ulu Choh.
Pemantauan bunyi bising dari dua lokasi di kawasan perumahan terdekat telah dijalankan menggunakan "sound level meter" bermula dari 11.00 malam sehingga 2.00 pagi. Walaubagaimanapun bacaan menunjukkan dibawah had yang ditetapkan. Notis Arahan telah dikeluarkan bagi premis menjalankan "noise boundary monitoring report" dan mengawal punca bunyi daripada aktiviti premis.
Aduan akan di susul kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi tindakan lanjut.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.