Penerangan
25 SEPTEMBER 2024, JOHOR BAHRU - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah dijemput oleh pihak Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) untuk terlibat sama dalam program River Rangers 2.0 yang diadakan di Sungai Melana, Johor.
Program ini ditelah dianugerahkan geran komuniti oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di bawah Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 4.0. Inisiatif ini diinspirasikan daripada program sebelumnya iaitu "Conserve The Nature, Love The River," yang bertujuan untuk memastikan kelestarian sungai. Program ini melibatkan guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini. Melalui program ini, peserta diperkenalkan kepada pendekatan Purata Skor Taxon (ASPT) untuk menilai kualiti air sungai melalui makroinvertebrata yang hidup di dalamnya.
Pihak JAS Negeri Johor telah membuat demonstrasi alat pengukuran kualiti air secara insitu dengan menggunakan ProDSS Multiparameter Digital Water Quality Meter dan penerangan status terkini kualiti air Sungai Melana.
Jabatan ini berharap program seperti ini dapat diteruskan bagi mendidik para pelajar dari peringkat awal tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.