Penerangan
8-12 SEPTEMBER 2024, JOHOR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terdiri daripada lima (5) Cawangan dan empat (4) Unit Penguatkuasaan telah menjalankan Ops Lembangan Bil. 6/2024 bagi premis di bawah kawasan seliaan Cawangan Batu Pahat.
Ops Lembangan ini menumpukan kepada premis yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) seperti PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009 dan PPKAS (Udara Bersih) 2014 serta PPKAS (Buangan Terjadual) 2005. 18 premis telah dikenakan tindakan Notis Arahan dan 26 syor kompaun dikenakan diatas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.