PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Pengawasan,— Program Penguatkuasaan,Kes-kes Alam Sekitar

ADUAN PENCEMARAN BUANGAN TERJADUAL DI KAWASAN PERINDUSTRIAN REMBIA, MELAKA

nursyuhada 08/10/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
ADUAN PENCEMARAN BUANGAN TERJADUAL DI KAWASAN PERINDUSTRIAN REMBIA, MELAKA
Tahun
2024
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
REMBIA, MELAKA

Penerangan

27hb September 2024, REMBIA - Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menerima aduan daripada orang awam pada 20hb September 2024 mengenai pencemaran parit awam melibatkan cecair likat disyaki buangan terjadual . Pasukan penyiasat Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah tiba di lokasi yang diadu pada tarikh yang sama dan mendapati terdapat buangan cecair likat berbau yang dibuang ke longkang awam dan pada akhirnya berpotensi memasuki Sungai Jeram. Dalam pada itu, Pasukan Bomba dan Penyelamat Alor Gajah juga turut hadir ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan cecair tersebut. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan persampelan rasmi di beberapa lokasi yang terkesan untuk mengenalpasti punca pencemaran tersebut dan mengambil tindakan selaras dengan peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. #KementerianSumberAslidanKelestarianAlam #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan