Oleh charlie · 08/10/2024 · 1 paparan
7 Jun 2024, MUKAH - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sibu bersama Press Metal Sarawak Sdn. Bhd. dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak telah menanam sebanyak 200 anak pokok buah-buahan seperti rambutan, mangga, jambu batu, longan dan mata kucing di sekitar Taman PMS, Mukah, Sarawak. Turut serta dalam program ini adalah seramai 40 orang pelajar daripada MRSM Mukah, SMK Mukah, SMK St Patrick dan SMK Three Rivers diiringi oleh 8 orang guru. Keseluruhannya, seramai 80 orang peserta yang terlibat dalam program 'Tree Planting 1RAS 1POKOK & Coastal Cleanup Programme in Conjunction with World Environment Day 2024'. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran orang awam mengenai kepentingan kawasan liputan hijau untuk menjamin sumber semulajadi untuk generasi kini dan masa akan datang. Program seperti ini juga menggalakan kerjasama strategik semua pihak dalam usaha menambahbaik ekosistem dan biodiversiti di kawasan setempat. Justeru itu, dengan penanam pokok ini dan aktiviti pembersihan yang dijalankan dapat membantu dalam mengurangkan pemanasan global dan perubahan iklim.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup