Penerangan
8 Jun 2024, MUKAH - Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak, Encik John Anak Rampai bersama pegawai-pegawai dari JAS Sarawak dan JAS Cawangan Sibu menjalankan pemantauan stesen pengawasan sungai iaitu di stesen Sg. Daro dan Sg. Jemoreng.
Pengukuran in-situ menggunakan alat YSI Pro DSS turut dijalankan. Pemantauan ini adalah bagi mengenalpasti punca-punca yang berpotensi menyebabkan pencemaran air bagi sungai-sungai tersebut.