PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel,— Sesi Libat Urus

Latihan Amal Perdana Melawan Tumpahan Minyak (Ex-Empurau) Tahun 2024

charlie 08/10/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Latihan Amal Perdana Melawan Tumpahan Minyak (Ex-Empurau) Tahun 2024
Tahun
2024
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Miri, Sarawak

Penerangan

11-12 Jun 2024, MIRI - Jabatan Alam Sekitar bersama Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak telah mengadakan Latihan Amal Perdana Melawan Tumpahan Minyak (Ex-Empurau) Tahun 2024 bertempat di Meritz Hotel, Miri, Sarawak. Seramai 300 peserta daripada 44 agensi persekutuan dan agensi kerajaan Sarawak terlibat dalam program latihan ini. Majlis perasmian latihan ini telah disempurnakan oleh Dato' Clarence Rorote Anak Sagon, Timbalan Pengarah Unit Keselamatan Dan Penguatkuasan Sarawak, Jabatan Premier Sarawak pada 12 Jun 2024. Objektif latihan ini adalah bertujuan untuk memperkasakan dan memastikan kesiapsiagaan setiap agensi terlibat dalam menghadapi situasi bencana tumpahan minyak di laut dan tindakan pembersihan pantai yang tercemar akibat tumpahan minyak. Latih amal secara table top pada hari pertama dan kedua telah melibatkan latih amal bagi Malaysia Oill Spill Contingency Plan (MOSCoP), Malaysia Oiled Wildlife Respond Plan (MOWReP) dan Pelan Tindakan Pembersihan Pantai (PTPP). Turut hadir semasa sesi latihan ini adalah Ketua Pengarah Alam Sekitar, YBhg. Dato' Wan Abdul Latiff Bin Wan Jaffar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YBrs. Dr. Nurhazni Binti Mat Sari, Pengarah Bahagian Air dan Marin, Encik Rosli Bin Osman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Encik John Anak Rampai, En Mahadi Bin Sukarno, Timbalan Setiuasaha Bahagian Pengurusan Alam Sekitar NRES, En Jack Anak Liam, Controller NREB dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Operasi (Air&Marin), Pn. Norina Anak Frederick Sambang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan