PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel,— Sesi Libat Urus

Perkasa Kesiapsiagaan Bagi Menanggani Insiden Pencemaran Minyak Di Laut Melalui Latihan Melawan Tumpahan Minyak Ex-Empurau 2024

charlie 08/10/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Perkasa Kesiapsiagaan Bagi Menanggani Insiden Pencemaran Minyak Di Laut Melalui Latihan Melawan Tumpahan Minyak Ex-Empurau 2024
Tahun
2024
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Miri, Sarawak

Penerangan

MIRI, 13 JUN - Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama PETRONAS Carigali Sdn Bhd (Sarawak asset) dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) telah mengadakan simulasi tumpahan minyak (Oil Spill Combat Exercise) yang dinamakan Ex Empurau di perairan Miri dalam usaha memperkasakan kesiapsiagaan semua pihak bagi menanggani insiden pencemaran minyak di laut. Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Dato’ Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata latihan sebegini membantu meningkatkan keupayaan agensi yang berkaitan dalam memastikan tindakan yang pantas dan berkesan dapat diambil bagi melindungi keselamatan orang ramai sekiranya insiden tersebut berlaku. " Latihan sebegini juga boleh menjadi platform untuk meningkatkan kemahiran melalui perkongsian kepakaran, teknologi, sistem kawalan dan komunikasi yang terlaras agar dapat mempersiapkan lagi agensi masing-masing untuk bertindak dalam menghadapi insiden tumpahan minyak." Katanya, matlamat penganjuran latihan juga adalah selaras dengan komitmen negara untuk memastikan alam sekitar yang sihat, bersih dan bebas daripada pencemaran demi kepentingan dan kesejahteraan awam seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 14, iaitu untuk memulihara dan menggunakan lautan, laut, dan sumber marinnya secara lestari. Beliau berkata demikian pada Sidang Media selepas merasmikan Penutupan Latihan Melawan Tumpahan Minyak Ex-Empurau 2024 di Miri. Tambah beliau kepentingan untuk memperkasakan kesiapsiagaan semua pihak ini amat perlu kerana berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar, dalam tempoh 7 tahun iaitu dari 2018 hingga Jun 2024, terdapat 63 kes tumpahan minyak yang telah berlaku. Ini merupakan kerugian besar kepada Negara seperti kejadian di Pasir Gudang pada 2017 apabila negara kerugian sebanyak RM5 juta ringgit untuk kos pembersihan tumpahan tersebut. Justeru dengan kerjasama dan komitmen semua pihak, Latihan Ex-Empurau ini dapat dijayakan dan dijalankan secara menyeluruh dengan pengujian Oil Spill Response Plan (OSRP) peringkat industri, Malaysia Oil Spill Contingency Plan (MOSCoP) Tier 2, Pelan Tindakan Pembersihan Pantai (PTPP) Negeri dan Malaysia Oiled Wildlife Response Plan (MOWReP) yang dijalankan secara Table-Top dari 11 sehingga 12 Jun dan disusuli dengan Latihan Deployment di laut dan pantai pada hari ini. Latihan Ex-Empurau ini melibatkan 44 agensi secara keseluruhannya dengan lebih kurang 250 peserta. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Alam Sekitar Malaysia Dr. Norhazni Mat Sari; Pengurus Besar Kanan, Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar, PETRONAS Carigali Sdn. Bhd.- upstream Morris Mail; Pengurus Besar Kanan, PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. (Sarawak Asset), Noriani @ Yati Mohamad; Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Alam Sekitar (BPAS), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Mahadi Sukarno; Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak John Rampai; Controller Kualiti Alam Sekitar, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Negeri Sarawak Jack Liam dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Mohamad Haffizie Putit.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan