Penerangan
8 Jun 2024, MUKAH - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sibu telah dijemput sebagai penceramah sempena Kempen Kesedaran Kitar Semula E-waste ke Arah Kelestarian Kampus anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah. En. Muslyman Bin Penie, Penolong Jurutera JAS Cawangan Sibu telah menyampai ceramah berkaitan dengan pengurusan sisa buangan e-waste merangkumi perundangan, garis panduan dan peraturan-peraturan sebagaimana di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Program ini telah dihadiri pelajar-pelajar dan warga pendidik UiTM Mukah serta masyarakat sekitar seramai 150 orang. Selain daripada ceramah, turut dijalankan aktiviti pengumpulan barang buangan elektrik dan elektronik. Sebanyak 921 kg barang buangan elektrik dan elektronik yang berjaya dikumpul pada hari kempen tersebut.