PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

Program Go Green Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia

JAS SARAWAK 03/10/2024 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Go Green Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia
Tahun
2024
Organisasi
JAS Sarawak

Penerangan

14 Julai 2024, KUCHING - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak telah dijemput sebagai penceramah sempena Program Go Green Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia anjuran Sekolah Kebangsaan Kenyalang, Kuching pada 11 Julai lalu. En. Rozeiman Bin Mat, Penolong Jurutera JAS Sarawak telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Langkah Penjagaan Alam Sekitar bagi Pelajar Sekolah Rendah merangkumi jenis-jenis pencemaran, punca, kesan dan langkah mitigasi pencemaran alam sekitar. Program ini telah dihadiri oleh murid-murid Tahap 1 seramai 138 murid dan Tahap 2 seramai 184 murid serta 40 warga pendidik Sekolah Kebangsaan Kenyalang. Selain itu, ceramah yang disampaikan turut diterjemahkan dalam Bahasa Cina oleh Pn. Khoon Pei Yen atas permintaan pihak sekolah bagi memudahkan kefahaman mesej yang disampaikan.