Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Kumbahan di Negeri Sarawak Bil.1/2024 secara hibrid iaitu secara bersemuka dan secara atas talian (bagi agensi di luar Bahagian Kuching) pada 11 Julai 2024 bemula jam 9.00 pagi. Objektif utama mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan penyelarasan bagi mempertingkatkan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi loji rawatan kumbahan di Sarawak. Mesyuarat dihadiri oleh wakil dari pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak (JPP Sarawak).
Dalam mesyuarat ini juga pihak JPP Sarawak telah memberi taklimat berkaitan pengurusan loji rawatan kumbahan di Sarawak.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak iaitu En. John Anak Rampai dan turut dihadiri oleh beberapa pegawai JAS Sarawak.