PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel,— Mesyuarat

Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak Ke Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sarawak

charlie 03/10/2024 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak Ke Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sarawak
Tahun
2024
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Kuching, Sarawak

Penerangan

9 Julai 2024, KUCHING – Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak, En John Anak Rampai telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sarawak, Tuan Haji Edmund Shah Bin Tambi bersama Timbalan Pengarah Cawangan serta Ketua-ketua Jabatan di IAB Cawangan Sarawak, Kuching. Kunjungan hormat ini diadakan bagi memenuhi jemputan pihak Institut Aminuddin Baki yang telah menjemput JAS Sarawak untuk berkunjung ke institut tersebut bagi membincangkan peluang kerjasama antara JAS Sarawak dan IAB Cawangan Sarawak di antaranya termasuklah mendukung hasrat IAB mewujudkan modul bagi melahirkan pemimpin yang mahir dalam kelestarian alam sekitar (green leadership) di peringkat sekolah. Selain itu, kunjungan ini diadakan bagi melihat fasiliti-fasiliti yang terdapat di institut tersebut bagi hala tuju kerjasama program yang akan dirancang dan dianjurkan bersama pada masa akan datang. Kedua-dua Pengarah JAS Sarawak dan Pengarah IAB Cawangan Sarawak berharap kerjasama baik antara kedua-dua agensi dapat dijalinkan secara berterusan. Sesi perjumpaan ini turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Pembangunan, Ts. Mirza Zainudin dan pegawai-pegawai Unit Pengawasan Kesedaran Alam Sekitar JAS Sarawak manakala di pihak IAB turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Unit.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan