Penerangan
3 Ogos, KUCHING - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Pemantauan Kualiti Air Sungai bersama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) secara hibrid iaitu secara bersemuka dan secara atas talian bagi Ketua-ketua Cawangan JAS Sibu dan Miri pada 2 Ogos 2024 bermula jam 8.30 pagi. Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan status kualiti air sungai di Sarawak yang dipantau oleh JAS dan NREB. Mesyuarat ini menjadi medium perkongsian data dan maklumat antara kedua-dua agensi serta merangka langkah-langkah bagi meningkatkan kualiti air sungai di Sarawak. Bagi memastikan usaha ini berteruskan, perbincangan ini dirancang untuk diadakan pada setiap tahun.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak iaitu En. John Anak Rampai dan turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Pembangunan, Ts. Mirza Bin Zainudin serta beberapa pegawai JAS Sarawak.
#NRES
#kementeriansumberaslidankelestarianalam
#jabatanalamsekirar
#jassarawak
#alamsekitartanggungjawabbersama