Penerangan
Program Memperkasakan Ilmu Kem Kesedaran Alam Sekitar (KEKAS) 2024 telah diadakan selama 2 hari pada 22 - 23 Ogos 2024 di Sekolah Kebangsaan Tatau, Bintulu, Sarawak. Penganjuran program ini adalah dengan kerjasama antara Jabatan Alam Sekitar Sarawak dan PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. (Aset Sarawak) yang telah disertai oleh seramai 64 orang murid-murid Tahun 4-6 termasuk guru pengiring dari 6 sekolah rendah di Tatau dan Sebauh dari SK Tatau, SK Sebauh, SK Sangan Iban, SK Sungai Bagian, SK Rumah Barrau, SK Pandan.
Program KEKAS ini adalah bertujuan membudayakan nilai-nilai sayangkan alam sekitar di kalangan warga sekolah serta memberi pendedahan kepada elemen Science, Technology, Engineering, Mathematics (STEM). Ini merupakan julung kalinya, KeKAS di Sarawak mengetengahkan modul dan mengaplikasikan aktiviti STEM dalam usaha memelihara alam sekitar. Program yang berlangsung dua hari ini turut melibatkan aktiviti perkhemahan di perkarangan sekolah. Semua aktiviti yang dilakukan, dinilai oleh para panel penilai. Kumpulan dan pembentang terbaik diberikan hadiah semasa majlis penutupan.
Majlis perasmian penutupan program ini telah dirasmikan oleh En. John Anak Rampai, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak. Turut hadir bersama semasa majlis ini adalah En. Isrom Udau, Pengurus Besar (Jabatan Pengeluaran Gas) PETRONAS Carigali Sdn Bhd (Aset Sarawak), Tuan Haji Khairul Za'im Mohamad Nor, Pengurus Kanan, Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar, PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. (Aset Sarawak), Pn Felicia Anak Kiai, mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Haji Edmund Shah Bin Tambi, Pengarah Cawangan, Institut Aminuddin Baki Sarawak, Cik Hana Bua Hilary Guru Penolong Kanan HEM, SK Tatau dan Puan Zurina Binti Bolhi wakil Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Sarawak (NREB). Majlis ini turut dihadiri Guru-Guru Besar bagi 6 sekolah yang terlibat.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jassarawak