Penerangan
WP KUALA LUMPUR, 2 SEPTEMBER 2024 – Perhimpunan Bulanan Bil. 4/2024 telah diadakan bertempat di pejabat JASWPKL. YBrs. Puan Hajah Zuraini binti Ahmad Tajudin, Pengarah JASWPKL dalam ucapannya antara lain, telah menekankan akan kepentingan memelihara etika dan integriti serta tahap profesionalisme sepanjang menjalankan tugas dan semasa berurusan dengan pelanggan.
Perhimpunan pada kali ini juga adalah bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke-67. Kibaran Jalur Gemilang mengiringi nyanyian lagu-lagu patriotik bagi menyemarakkan rasa kecintaan kepada tanah air. Selain dari itu, Kuiz Lestari Merdeka turut diadakan bagi menguji pengetahuan am di kalangan Warga JASWPKL.