PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR OLEH JAS WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Arwan 03/10/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR OLEH JAS WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tahun
2024
Organisasi
JASWPKL
Lokasi
KUALA LUMPUR

Penerangan

22 OGOS 2024, WP KUALA LUMPUR- Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menjalankan penguatkuasaan Akta Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) (Pindaan 2024) dan Peraturan- Peraturan di bawahnya melalui Ops Gempur Ogos 2024 pada 13, 14 dan 20 Ogos 2024. Operasi ini melibatkan 15 orang pegawai penguatkuasa JASWPKL yang telah dibahagikan kepada lima (5) pasukan. Antara premis – premis yang digempur pada kali ini adalah premis memproses makanan yang menghasilkan efluen dan tertakluk kepada Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Pemeriksaan turut melibatkan premis yang tertakluk di bawah Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 seperti bengkel servis kenderaan, klinik kesihatan serta pusat kecantikan. Premis lain yang turut digempur termasuk loji rawatan kumbahan dengan nilai bilangan penduduk setara (PE) melebihi 150 yang tertakluk di bawah Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009. Diharapkan dengan pelaksanaan OPS Gempur ini serta tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan dapat memberi mesej yang jelas kepada semua pihak untuk sentiasa mematuhi kehendak perundangan dan kepentingan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan