Penerangan
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak, En John Rampai bersama pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Kuching, Cawangan Bintulu, Cawangan Miri dan Cawangan Sibu berkumpul di Rumah Aging Long Daah, Belaga Sarawak pada 7 September 2024. Program ini adalah bertujuan mengeratkan hubungan antara JAS dengan masyarakat.
Malam kebudayaan bersama warga JAS bersama penduduk agar dapat mempelajari budaya dan pada masa yang sama berkongsi maklumat secara tidak formal serta merapatkan jurang antara masyarakat dan agensi kerajaan.
Ia menjadi medium perkongsian berkaitan hal ehwal alam sekitar secara tidak formal. Pada program yang sama, komuniti ini juga diberi perkongsian ilmu berkaitan penanaman pokok.
#NRES
#kementeriansumberaslidankelestarianalam
#jabatanalamsekitar
#jassarawak