PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel,— Sesi Libat Urus

Ujicuba Dan Latih Amal Prosedur Tetap Operasi (PTO) Melaksanakan Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu

charlie 03/10/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Ujicuba Dan Latih Amal Prosedur Tetap Operasi (PTO) Melaksanakan Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu
Tahun
2024
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Miri, Sarawak

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah mengadakan Ujicuba dan Latih Amal Prosedur Tetap Operasi (PTO) Melaksanakan Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu di Kuala Baram, Miri pada 10 September 2024. Objektif utama adalah ujicuba ini adalah untuk kesiapsiagaan peranan dan tugas agensi serta memastikan infrastruktur tanah gambut di Kuala Baram Miri berfungsi dengan baik. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak, En. John Anak Rampai menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum bermula sesi ujicuba. Antara pengisian ujicuba ini adalah taklimat infra oleh abatan Mineral dan Geosains (JMG) Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak, Majlis Bandaraya Miri (MBM). Seterusnya diikuti oleh demonstrasi pengepaman air dari telaga tiub oleh JMG dan demonstrasi pemadaman kebakaran oleh Balai Bomba Lopeng. Agensi-agensi yang terlibat ialah JMG, JPS, MBM, Jabatan Bomba Dan Penyelamat (Zon 6) Negeri Sarawak, Pejabat Residen Bahagian Miri, Jabatan Meteorologi (METMalaysia) Sarawak, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Bahagian Ketenteraman Awam PDRM Sarawak, Jabatan Perhutanan Sarawak dan lain-lain jabatan di dalam jawatankuasa.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan