PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel,— Mesyuarat

Mesyuarat Penyelarasan Program Pencegahan Kebakaran Dan Pengurusan Tanah Gambut Serta Kawasan Sering Terbakar Bil. 2/2024

charlie 03/10/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Mesyuarat Penyelarasan Program Pencegahan Kebakaran Dan Pengurusan Tanah Gambut Serta Kawasan Sering Terbakar Bil. 2/2024
Tahun
2024
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Miri, Sarawak

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut dan Kawasan Mudah Terbakar Bil. 2/2024 secara bersemuka pada 9 September 2024 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Miri, Sarawak. Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras semua aktiviti dan program pencegahan kebakaran di tanah gambut untuk mengatasi jerebu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak, En. John Anak Rampai. Ahli mesyuarat yang terlibat kali ini adalah agensi-agensi di dalam Jawatankuasa Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut dan Kawasan Sering Terbakar Negeri Sarawak yang terdiri daripada JAS Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Sarawak, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak, Jabatan Meteorologi (METMalaysia) Sarawak, Majlis Bandaraya Miri, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Pejabat Residen Bahagian Miri, Ibupejabat Polis Daerah Miri dan lain-lain agensi di dalam jawatankuasa. #NRES #kementeriansumberaslidankelestarianalam #jabatanalamsekitar #jassarawak #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan