Penerangan
Pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak bersama-sama Rakan Alam Sekitar mengadakan eksplorasi gambut di Niah National Park, Batu Niah, Sarawak pada 08 September 2024. Tujuan eksplorasi ini adalah bagi membuat sebaran maklumat dan pengedaran risalah larangan prmbakaran terbuka terutamanya di kawasan tanah gambut.
Lokasi ini dipilih kerana ia merupakan kawasan tarikan ramai pelancong yang boleh menjadi agen membantu JAS dalam mempromosikan kempen larangan pembakaran terbuka. Golongan sasaran ini juga merupakan mereka yg mencintai keindahan alam sekitar dan mampu menarik komuniti di kawasan mereka untuk sama-sama menjaga dan menghargai keindahan alam.
Eksplorasi ke Niah National Park ini juga adalah sebagai sumber motivasi kepada pegawai Jabatan Alam Sekitar Sarawak untuk meneruskan usaha memulihara alam sekitar supaya ia terus tetpelihara untuk generasi akan datang.
Penyebaran risalah ini juga diberikan kepada pengurusan Niah National Park, Batu Niah, Sarawak dan orang awam.
#NRES
#kementeriansumberaslidankelestarianalam
#jabatanalamsekitar
#jassarawak
#alamsekitartanggungjawabbersama