Koleksi Gambar / — Program Pengawasan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PENGAWASAN AIR BAWAH TANAH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- JASWPKL
- Lokasi
- Lebuhraya maju Express
Penerangan
29 JULAI 2024, WP KUALA LUMPUR – Unit Pengawasan dan Kesedaran, Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah melaksanakan Program Pengawasan dan Persampelan Air Tanah di tiga (3) buah Stesen Pemantauan Air Tanah di Lebuhraya Maju Express.
Sebanyak 21 sampel air tanah telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa. Kualiti air bawah tanah dianalisa berdasarkan Standard Kualiti Air Bawah Tanah Kebangsaan. JASWPKL juga telah selesai menjalankan persampelan bagi semua stesen air tanah bagi suku ke-tiga yang melibatkan 42 sampel. Dengan frekuensi persampelan sebanyak empat (4) kali setahun, program pengawasan air tanah sangat penting untuk memantau tahap kualiti air dari dalam tanah.
Gambar / Video Penuh
Muat turun memerlukan log masuk. Sila log masuk untuk mengakses fail penuh.