Penerangan
23 OGOS 2024, WP KUALA LUMPUR- Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah melaksanakan program KUDAH MERDEKA NRES yang diadakan serentak di seluruh Malaysia pada hari ini bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan anjuran Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam (NRES).
Program KUDAH berkonsepkan kutip sampah sambil beriadah ini mendapat sokongan penuh daripada pegawai-pegawai JASWPKL dan dijayakan bersama-sama dengan pihak Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI).
JASWPKL mengucapkan terima kasih kepada pihak MRANTI dan semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini dan diharapkan ianya dapat memberi kesedaran akan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Riadah bukan sekadar riadah,
Alam bersih untuk kesihatan dan kelestarian,
Satu sampah, satu langkah,
Riadah Merdeka membawa perubahan masa depan.