Oleh charlie · 01/10/2024 · 1 paparan
28 September 2024, Tebedu: Jabatan Alam Sekitar Sarawak dengan kerjasama Pejabat Daerah Tebedu telah menjayakan Program Komuniti Pencegahan dan Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut Dan Kawasan Sering Terbakar Sempena Hari Alam Sekitar Negara 2024 yang berlangsung di Dewan Kampung Terbat Leban Tebedu. Objektif program ini adalah untuk menyemai dan meningkatkan kesedaran penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dikalangan masyarakat setempat dan komuniti. Pengisian program ini bukan sahaja menumpukan kempen pencegahan pembakaran terbuka, ia juga merangkumi semua aspek penjagaan alam sekitar seperti penjagaan sungai, pengurusan buangan elektrik dan elektronik dan juga kempen kitar semula buangan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah ceramah, pameran, demonstrasi kawalan kebakaran, demonstrasi pembuatan lilin dari minyak masak terpakai dan juga demonstrasi pembuatan baja kompos. Pertandingan mewarna dikalangan pelajar sekolah rendah dan tadika turut diadakan bagi menarik minat pelajar menghayati keindahan alam sekitar melalui kretiviti mewarna mereka. Antara agensi yang turut serta sepanjang program ini adalah Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Lembaga Sungai-sungai Sarawak (SRB), Balai Bomba dan Penyelamat, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Pejabat Kesihatan dan Kolej Komuniti Mas Gading. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Martin Ben, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Merangkap Ahli Dewan Undangan Sarawak N.22 Kedup. Turut hadir sama adalah En. John Rampai, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak, wakil Residen Bahagian Serian, Pn Esther Najoh, Pegawai Daerah Tebedu, En. Gerald George Entigar, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Serian, En. Jeffery Tikok dan Pemanca Ayahanda Kane Manong serta Ketua Kaum Kg. Terbat Leban En. Benedict Anak Kelas.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup