PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan

Ops Gempur Menangani Aduan Pencemaran Bau Busuk Di Kampung Baru, Bintulu, Sarawak

charlie 01/10/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Ops Gempur Menangani Aduan Pencemaran Bau Busuk Di Kampung Baru, Bintulu, Sarawak
Tahun
2024
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Bintulu, Sarawak

Penerangan

8 Ogos 2024, BINTULU – Susulan daripada aduan awam dan tular di media sosial berkaitan pencemaran bau busuk bangkai, satu pemeriksaan bersepadu “Ops Gempur” melibatkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Bintulu, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Cawangan Bintulu dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah diadakan di beberapa premis sekitar kawasan perindustrian Nyigu, Bintulu. Berdasarkan pemantauan yang dijalankan oleh JAS Cawangan Bintulu di kawasan diadu selama 3 hari, telah menemui 1 gudang penyimpanan baja organik dalam kuantiti besar dimana menyebabkan pencemaran bau yang berterusan dan suasana tidak selesa kepada penduduk kampung berhampiran. Arahan di lapangan telah dikeluarkan serta merta untuk mengosongkan gudang tersebut dengan segera bagi mengelakkan kesan pencemaran bau berulang. Tindakan perundangan akan diselaraskan dan diambil di bawah bidangkuasa agensi masing-masing yang terlibat. Pemantauan susulan juga akan dijalankan bagi mengesan punca lain pencemaran bau sekiranya ada. JAS mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan orang awam yang telah memberikan kerjasama untuk menangani aduan pencemaran bau busuk tersebut. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. #NRES #alamsekitartanggungjawabbersama #jabatanalamsekitar #jassarawak

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan