Penerangan
6-7 Ogos 2024, BINTULU – JAS Cawangan Bintulu telah menjalankan siasatan terhadap aduan yang diterima daripada orang awam dan tular di media sosial berkaitan pencemaran bau busuk bangkai di Kampung Baru, Bintulu, Sarawak. Pemeriksaan dijalankan di beberapa sektor industri yang berpotensi menghasilkan pencemaran bau iaitu di sekitar kawasan Perindustrian Kemena, kawasan Perindustrian Nyigu dan kawasan Perindustrian Jepak.
Selain itu, JAS Cawangan Bintulu menjalankan rondaan di sekitar kawasan Kampung Baru, Kampung Baru Darat, Kampung Baru Tengah dan Kampung Baru Laut bagi mengenalpasti pencemaran bau busuk yang diadu. Pemantauan pada waktu malam dijalankan untuk mengenalpasti punca dan mendapatkan maklumat yang lebih jelas. Temubual dengan penduduk setempat juga diadakan bagi mengesan bau busuk yang berterusan dan mengumpul maklumat punca pencemaran.
Sekiranya mana-mana pihak yang didapati melanggar kehendak perundangan alam sekitar di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya.
Orang ramai adalah dialu-alukan untuk melaporkan sebarang maklumat lanjut dalam kes ini di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
#NRES
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jabatanalamsekitar
#jassarawak