PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Mesyuarat

MESYUARAT KEDUA PULUH MALAYSIA-SINGAPORE JOINT COMMITTEE ON THE ENVIRONMENT WORKING GROUP (MSJCE WG)

tj 30/09/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT KEDUA PULUH MALAYSIA-SINGAPORE JOINT COMMITTEE ON THE ENVIRONMENT WORKING GROUP (MSJCE WG)
Tahun
2024
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Lokasi
Kota Kinabalu, Sabah

Penerangan

Mesyuarat Malaysia-Singapore Joint Committee on the Environment Working Group (MSJCE WG) merupakan mesyuarat dua hala (bilateral) untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama erat di antara agensi kedua-dua negara untuk mencapai matlamat bersama dalam pengurusan dan perlindungan alam sekitar. Mesyuarat MSJCE WG ke-20 telah diadakan pada 4 hingga 6 September 2024 di Kota Kinabalu, Sabah, di mana Malaysia adalah selaku Tuan Rumah. Mesyuarat dipengerusikan secara bersama oleh Dato’ Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar, Malaysia dan Encik Wong Kang Jet, Ketua Pegawai Eksekutif, National Environment Agency (NEA), Singapura. Antara perkara yang telah dibincangkan dan diselaraskan dalam Mesyuarat ini adalah mengenai pendirian kedua-dua negara berhubung isu-isu alam sekitar yang melibatkan Selat Johor, tindakan kawalan pencemaran dan kualiti alam sekitar seperti kenderaan bermotor, kualiti air di perairan Selat Johor, pengurusan bahan kimia dan buangan berbahaya, hal-hal berkaitan keselamatan dan kerjasama di dalam pengurusan kecemasan dan kawalan pencemaran tumpahan minyak dan bahan kimia serta meningkatkan kerjasama pembangunan kapasiti (capacity building) melalui pusat latihan kedua-dua negara iaitu Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) dan Singapore Environment Institute (SEI).

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan