Penerangan
25 SEPTEMBER 2024, Seremban - Satu (1) seminar berkaitan Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS 1974), Hala Tuju Dan Pemakluman Pindaan AKAS 2024 telah diadakan di Klana Resort, Seremban pada 24 September 2024 anjuran Kelab Rekreasi Jabatan Alam Sekitar (KERAS) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan. Seramai 420 orang peserta yang terdiri daripada pihak industri, perunding dan Orang Yang Beribawa ( OYB) telah menyertai seminar ini.
JAS Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan seminar ini dan diharapkan dapat memberi input yang berguna terutamanya kepada pihak industri, perunding dan Orang Yang Beribawa ( OYB) dalam memastikan pematuhan berterusan terhadap akta dan peraturan semasa.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#jasn9
#AlamSekitarTanggungjawabBersama