Penerangan
Lawatan Tapak Pra-EIA oleh Unit Penilaian JAS Kelantan
26 September 2024, Gua Musang - Unit Penilaian Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah menjalankan lawatan tapak Pra-EIA di Tanah Kesultanan, Blok D PT 17565, Mukim Renok, Daerah Chiku, Jajahan Gua Musang. Lawatan ini dilakukan bersama jururunding dan pemaju projek, Rimba Cedar Sdn Bhd.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut di lokasi bagi tujuan penilaian dalam Mesyuarat EIA-TRC yang akan datang.