Penerangan
23 SEPTEMBER 2024, KULAI, JOHOR - Pasukan penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah membuat siasatan di premis yang ditetapkan kilang kelapa sawit setelah menerima aduan awam berkaitan pengurusan enap cemar oleh premis tersebut.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di atas kesalahan tidak mematuhi syarat lesen di dalam Jadual Pematuhan di bawah Seksyen 38a(1)(a) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diambil.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.