Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Rondaan Pencegahan Pembakaran Terbuka Dan Pemantauan Siasatan Aduan
30 Ogos 2024 - Kulim, Kedah
Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kulim telah menggerakkan sepasukan pegawai menjalankan rondaan bagi memantau pembakaran terbuka dan pemantauan siasatan aduan.
Rondaan pemantauan pada kali ini telah dijalankan di laluan Mahang ke Bandar Baharu dan melalui Serdang. Hasil pemantauan menemui beberapa pembakaran terbuka berskala kecil yang dilakukan oleh penduduk kampung. Amaran lisan dan penerangan berkaitan pencegahan pembakaran terbuka telah diberikan kepada penduduk terbabit.
Pihak Jabatan Alam Sekitar mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka bagi memastikan kelestarian alam sekitar kita.
Selamat menyambut ulangtahun Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 67.
- Tahun
- 2024