PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS

PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR BERTEMAKAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) TAHUN 2024

najmi 24/09/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR BERTEMAKAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) TAHUN 2024
Tahun
2024
Organisasi
JAS KEDAH
Lokasi
PADANG TERAP. KEDAH

Penerangan

11 September 2024 - Padang Terap, Kedah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah mengadakan satu program kesedaran alam sekitar pada 11 September 2024 di AMD Resort & Camp Perik, Padang Terap. Program tersebut telah dijayakan bersama pelajar-pelajar dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Darulaman, Jitra. Program dimulakan dengan sesi regangan badan sebelum aktiviti 'jungle trekking' dan 'hiking' di Bukit Perik. Objektif program adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya para pelajar mengenai larangan pembakaran terbuka sambil menikmati keindahan hutan sebagai penghayatan kepada alam sekitar sesuai dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Tahun 2024. Selain itu, kempen kesedaran larangan pembakaran terbuka dan pengurusan e-waste juga dilaksanakan melalui edaran risalah dan taklimat kepada para pelajar seusai tiba di puncak bukit tersebut. Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah mengucapkan terima kasih kepada semua peserta seramai 80 orang yang telah menjayakan program kesedaran alam sekitar tersebut dan sekalung penghargaan kepada pengurusan AMD Resort & Camp Perik atas penyediaan fasiliti dan jurulatih.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan