PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS

KONVOI KEMBARA ALAM: PROGRAM KESEDARAN KOMUNITI BERTEMAKAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) TAHUN 2024

najmi 24/09/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KONVOI KEMBARA ALAM: PROGRAM KESEDARAN KOMUNITI BERTEMAKAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) TAHUN 2024
Tahun
2024
Organisasi
JAS KEDAH
Lokasi
KUBANG PASU, KEDAH

Penerangan

10 September 2024 - Kubang Pasu, Kedah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dengan kerjasama Kelab Permotoran iaitu GAA Northern Motorsports Kedah telah mengadakan satu program konvoi motosikal pada 10 September 2024 di Pekan Jitra dan Pekan Changloon, Daerah Kubang Pasu. Aktiviti konvoi jelajah alam ini merupakan salah satu program yang dirancang bersempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Tahun 2024. Pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh Pengarah JAS Kedah, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab. Semua peserta konvoi yang terdiri dari wakil-wakil Kelab Permotoran Kedah dan pegawai-pegawai JAS Kedah seramai 40 orang turut dilindungi dengan Pelan Perlindungan Kemalangan Diri di bawah Takaful Malaysia. Sesi penyerahan pelan takaful kepada Puan Pengarah JAS Kedah telah disampaikan oleh Branch Manager Agrobank, Puan Masyithah binti Ibeni@Zakaria. Objektif utama penganjuran adalah bagi merealisasikan kempen kesedaran larangan pembakaran terbuka melalui edaran risalah kepada pengunjung dan penduduk setempat berkaitan larangan pembakaran terbuka dan penggantungan banting kempen pencegahan pembakaran terbuka di kawasan tumpuan pelancong dan tempat viral. Banting dan risalah larangan pembakaran terbuka dan pengurusan e-waste turut diedarkan kepada beberapa agensi kerajaan negeri dan persekutuan seperti Syarikat Air Darul Aman (SADA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Majlis Daerah Kubang Pasu serta Pejabat Tanah dan Daerah Kubang Pasu supaya kempen kesedaran ini mendapat perhatian kepada penduduk setempat yang sering berurusan di kaunter-kaunter kerajaan. Dalam program yang sama, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab turut merasmikan papan tanda larangan pembakaran terbuka di Taman Eco Rimba Bukit Wang yang menjadi tempat tumpuan pelancong tempatan untuk aktiviti berkeluarga. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Encik Adzmy bin Ayub mewakili Pejabat Hutan Kedah Utara. Aktiviti pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan dimana boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM25,000.00 dan tidak melebihi RM 1 juta atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan