Penerangan
11 September 2024, Taiping- Jabatan Alam Sekitar Cawangan Taiping telah menganjurkan Program Komuniti Pencegahan Pembakaran Terbuka dan Pengumpulan Ewaste 2024 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al- Khair Lil Banat bersempena Hari Ozon Sedunia yang disambut pada 16 September 2024. Dato’ Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, YBrs. Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh telah hadir dan merasmikan program ini.
Pelbagai program telah berjalan iaitu Pelancaran Kempen Plastik Hindari Plastik Sekali Guna, Program Pengumpulan Sisa-Sisa Elektrik dan Elektronik (Ewaste), ceramah-ceramah advokasi, pameran dan demostrasi memadam kebakaran dari Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih akan kerjasama pihak sekolah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kemunting dalam usaha melestarikan alam sekitar bersama.
#NRES
#hariozonsedunia2024
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_september2024
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari