Penerangan
09 September 2024, Manjung- Bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negera (HASN) 2024, satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bil.1/2024 telah diadakan di Majlis Perbandaran Manjung yang dipengerusikan oleh Dato’ Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, YBrs. Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh menggantikan YB Tuan Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau. Turut bersama mempengerusikan iaitu
Pegawai Daerah (DO) Manjung, Tuan Shamsul Ridzuan bin Idris dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Muhammad Faizal Shah Bin Safian Suri. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta hadir bersama bagi membincangkan perjalanan program-program bersempena HASN.
Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk gerak kerja sepanjang program- program Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 yang bakal diadakan pada 26 Oktober 2024 (Sabtu) di AEON Seri Manjung dengan pelbagai aktiviti dan program bersempena HASN yang berlangsung dan bakal berlangsung iaitu:
1. Pelancaran HASN 2024 Peringkat Negeri Perak
2. Pertandingan Mewarna Sempena Kelestarian Alam
3. Pertandingan Pengumpulan Sisa Elektrik & Elektronik (E-waste) yang telah berlangsung pada 13 Mei 2024 sehingga 13 September 2024
4. Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Negeri Perak 2024
5. Penyampaian hadiah Pertandingan Treasure Hunt dan Poster Digital Gen Z Influencer Alam Sekitar
6. Pertandingan Pidato Piala Vale Tahun 2024
7. Pelancaran bagi kempen ‘’No Single Use Plastic”
8. Pameran reruai reruai jabatan, agensi dan Syarikat
9. Advokasi kesedaran alam sekitar
10. Kutipan e-waste bagi penukaran bahan asasi
11. Cabutan bertuah kepada pengunjung-pengunjung
Pihak Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama padu dari pihak agensi kerajaan dan swasta ke arah menjayakan sambutan HASN Tahun 2024. Orang awam dijemput memeriahkan dan menyertai sambutan HASN 2024 kali ini. Jumpa disana???
#NRES
#hariozonsedunia2024
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_september2024
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari