Penerangan
04 September 2024 (Rabu) - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak, diketuai oleh YBhg Dato' Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni bin Mat Salleh, telah turut serta bersama Syarikat Lumut Maritime Terminal bagi Program HSE Month. JAS Negeri Perak turut bersama melancarkan kempen hindari plastik sekali guna dan ia disambut baik oleh pekerja Lumut Port, diketuai oleh Dato' Haji Mubarak Ali bin Gulam Rasul, Ketua Pegawai Eksekutif Lumut Maritime Terminal.
Pihak JAS Negeri Perak telah turut serta dalam ceramah dan taklimat berkenaan kelestarian alam sekitar serta kepentingan bagi hindari plastik sekali guna dalam kehidupan seharian.
Pihak Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama padu pihak Lumut Port ke arah mencapai kelestarian alam untuk Negeri Perak.
#NRES
#hariozonsedunia2024
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_september2024
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari