PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Mesyuarat

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN

najmi 23/09/2024 6 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN
Tahun
2024
Organisasi
JAS
Lokasi
PUTRAJAYA

Penerangan

Putrajaya, 12 September 2024 - YBhg. Datuk Noryahati binti Awang, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli & Kelestarian Alam (NRES) dan YBhg. Dato' Haji Mohd Fauzi, Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Negeri Kedah hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 di Parcel F, NRES. Mesyuarat yang melibatkan beberapa Jabatan dan Agensi di peringkat Kerajaan Negeri ini turut dihadiri oleh Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Alam Sekitar (JAS), Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah JAS Negeri Kedah, Encik Mahadi bin Sukarno, Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Alam Sekitar, NRES dan pegawai kanan JAS dari Negeri Kedah dan Ibu Pejabat. Mesyuarat ini antara lain membincangkan koordinasi di antara semua Agensi di bawah kerajaan Negeri berhubung penganjuran Majlis Perasmian HASN 2024 yang dijangka disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Kedah pada 19-21 Oktober 2024.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan