PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel,— Program Penguatkuasaan

LAWATAN KERJA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK KE LOJI JANAKUASA LUMUT (MALAKOFF)

maizah 23/09/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK KE LOJI JANAKUASA LUMUT (MALAKOFF)
Tahun
2024
Organisasi
JAS PERAK
Lokasi
LUMUT

Penerangan

03 September 2024 (Selasa) - Suatu lawatan kerja Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak, diketuai oleh YBhg Dato' Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni bin Mat Salleh, telah diadakan ke Loji Janakuasa Lumut (Malakoff Power Berhad). Kehadiran JAS Negeri Perak disambut baik oleh wakil-wakil pihak Malakoff Power Berhad, diketuai oleh Encik Mohd Kopli Yunus (Senior Vice President) dan Encik Anwar Faisal bin Mohamed Din (Plant Manager). Pihak JAS Negeri Perak telah diberikan penerangan berkenaan operasi Loji Janakuasa tersebut, yang menggunakan Gas Asli (NG) sebagai bahan api utama dalam penjanaan tenaga elektrik. Selepas lawatan teknikal, perbincangan lanjut juga telah diadakan bagi mewujudkan kerjasama JAS Negeri Perak bersama pihak Malakoff Power Berhad dalam penganjuran program-program kesedaran alam sekitar berimpak tinggi. Pihak Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama padu pihak Malakoff Power Berhad ke arah mencapai kelestarian alam untuk Negeri Perak.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan