Penerangan
30 Ogos 2024, Ipoh – Dato’ Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, YBrs. Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh, DIMP,SIJ,PSI II melakukan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato' Mohammad Fauzi Bin Mahson, DPMP, AMP, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak di pejabat beliau.
Di dalam pertemuan tersebut, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak menyatakan hasrat jalinan kerjasama bagi melaksanakan pelbagai program dan kempen yang melibatkan sekolah-sekolah di seluruh Negeri Perak. Perbincangan perancangan dan keperluan dari segi prasarana logistik telah disambut baik oleh kedua-dua belah pihak. Semoga ukhwah yang terjalin dapat diteruskan bagi pembangunan dan kelestarian alam sekitar.
Turut hadir di dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Pengarah Kanan JAS Perak (Bahagian Operasi) iaitu Tuan Hazizi Bin Esa dan pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
Pejabat Dato’ Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak merakamkan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato' Pengarah JPN Perak kerana meluangkan masa untuk kunjungan hormat tersebut dan kerjasama serta komitmen yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak
#NRES
#hariozonsedunia2024
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_ogos2024
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari