PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Mesyuarat

MESYUARAT MENTERI-MENTERI ALAM SEKITAR DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGENAI ALAM SEKITAR (MEXCOE) BIL. 2/2024

najmi 23/09/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT MENTERI-MENTERI ALAM SEKITAR DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGENAI ALAM SEKITAR (MEXCOE) BIL. 2/2024
Tahun
2024
Organisasi
JAS
Lokasi
PUTRAJAYA

Penerangan

PUTRAJAYA, 12 SEPTEMBER 2024 - Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar (MEXCOE) Bil. 2/2024 telah dipengerusikan oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan turut dihadiri juga Datuk Dr. Ching Thoo A/L Kim Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Mesyuarat MEXCOE tersebut juga dihadiri oleh Menteri-menteri dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang memegang portfolio berkaitan alam sekitar dari seluruh negara serta pegawai-pegawai Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang berkaitan alam sekitar di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Kehadiran Jabatan Alam Sekitar (JAS), Ibu Pejabat untuk Mesyuarat MEXCOE Bil. 2/2024 telah diketuai oleh Dato’ Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar, Malaysia turut serta bersama Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, selaku menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan wakil pengarah-pengarah daripada Bahagian Penilaian, Bahagian Air dan Marin, Bahagian Bahan Berbahaya serta pegawai-pegawai JAS. Semasa mesyuarat tersebut, YB Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah menekankan perkara-perkara penting di bawah JAS iaitu Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974 atau Akta 127 telah dipinda sebanyak tujuh (7) kali sejak tahun 1974. Ini bertujuan untuk memperkasakan penguatkuasaan ke atas premis-premis yang tertakluk kepada akta ini. AKAS (Pindaan) 2024 melibatkan pindaan mengenai penalti yang ditingkatkan kadarnya dari nilai asal kepada suatu nilai yang lebih tinggi dari denda sedia ada. Dengan hukuman yang lebih relevan dengan keadaan semasa, ia dapat membendung jenayah alam sekitar yang berlaku pada masa kini dan juga memberi amaran jelas kepada sektor industri dan juga premis agar sentiasa mematuhi peruntukan yang ditetapkan. YB Menteri juga memaklumkan kepada ahli-ahli MEXCOE Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 akan dianjurkan pada 19 hingga 21 Oktober 2024 di seluruh negara. Majlis Perasmian HASN 2024 Peringkat Kebangsaan yang menjadi acara kemuncak sambutan HASN 2024 akan diadakan pada pada 21 Oktober 2024 di Langkawi, Kedah dan akan disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah. Majlis tersebut juga akan menyaksikan penyampaian penganugerahan Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) dan Anugerah Langkawi – Kelestarian Alam Sekitar (ALKAS), pelancaran buku Memoir Anugerah Langkawi serta pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan. Pembudayaan alam sekitar melalui sambutan HASN ini akan dapat meningkatkan keterlibatan pelbagai agensi dalam menerapkan kesedaran, komitmen dan pembudayaan sayangi alam sekitar dengan menyantuni segenap lapisan masyarakat. Pada mesyuarat kali ini, JAS telah membentangkan sebanyak satu (1) kertas pertimbangan iaitu Penguatkuasaan Pengimportan E-Waste dan Sisa Plastik Secara Haram serta Pengoperasian Kilang E-Waste dan Kilang Kitar Semula Sisa Plastik Secara Haram dan tiga (3) kertas makluman: (i) Standard Pelepasan Kenderaan Baharu bagi Kenderaan Berenjin Petrol, Diesel dan Motosikal serta Pematuhan Kualiti Minyak di Malaysia, (ii) Prosedur Pemprosesan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) di Malaysia dan (iii) Pembangunan Solar Terapung di Badan Air.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan