PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Bengkel Semakan Semula OACP JAS Tahun 2024

najmi 23/09/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Bengkel Semakan Semula OACP JAS Tahun 2024
Tahun
2024
Organisasi
JAS
Lokasi
KUALA LUMPUR

Penerangan

3-5 September 2024 - Bengkel Semakan Semula OACP JAS Tahun 2024 telah diadakan di Hotel Ibis Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ahli JK OACP JAS dari setiap pejabat JAS Negeri dan Bahagian JAS Ibu Pejabat. Bengkel dimulakan dengan taklimat berkenaan dasar terkini Kerajaan iaitu National Anti Corruption Strategy (NACS) ataupun Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional yang disampaikan oleh Tuan Mohd Nur Lokman bin Samingan, Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN), SPRM Ibu Pejabat. Diikuti dengan taklimat LSPRM yang bertujuan memberi kefahaman kepada peserta berkenaan isu-isu pelanggaran tatakelakuan yang ditemui oleh pihak SPRM dan disyorkan tindakan tatatertib diambil oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. Para peserta seterusnya menyemak status pelaksanaan inisiatif OACP JAS 2020-2024 dan meneliti kewajaran inisiatif perlu diteruskan dalam OACP JAS 2025-2029. Peserta juga turut mengadakan sesi brainstorming untuk mengenalpasti risiko terkini dan cadangan mengawal dan menguruskan risiko berkenaan. JK OACP mensasarkan OACP JAS 2025-2029 akan diluncurkan pada suku tahun ketiga 2025.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan