Penerangan
5 Sept 2024, Langkawi - Sesi kunjung kerja daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), Encik Mohd Hamri bin Abidin telah diadakan pada 5 September 2024 di Pejabat MPLBP. Delegasi JAS terdiri daripada Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah JAS Kedah dan pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat dan JAS Kedah.
Sesi ini bertujuan bagi menjalinkan kerjasama di dalam penganjuran Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 19 - 21 Oktober di Langkawi, Kedah. Pelbagai aktiviti akan diadakan semasa sambutan HASN bagi menggalakkan orang awam membudayakan gaya hidup lestari.