Sambutan Utama JAS / Sekolah Lestari

MAJLIS PENGANUGERAHAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR SESI 2023/2024 PERINGKAT NEGERI KEDAH SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA TAHUN 2024

Oleh najmi · 23/09/2024 · 0 paparan

Alor Setar, 4 September 2024 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar Peringkat Negeri Kedah Sesi 2023/2024 sempena Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2024. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah JAS Kedah. Turut hadir adalah Haji Kamal bin Hashim, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, pengetua, guru besar, guru-guru dan pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah. Sebanyak 30 buah sekolah telah menyertai Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 yang diadakan di Dewan Al-Farabi, Kompleks Jabatan Pendidikan Negeri Kedah di Alor Setar. Dalam majlis tersebut, YBrs Puan Pengarah JAS Kedah telah menyampaikan anugerah kepada pemenang seperti berikut: Kategori Sekolah Rendah: Johan: SK Tanjung Pari, Baling Naib Johan: SK Tiak, Baling Tempat Ketiga: SK Ayer Puteh, Pendang. Kategori Sekolah Menengah Johan: SMK Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani Sekalung penghargaan dan tahniah kepada sekolah yang berjaya merangkul Anugerah Lestari Peringkat Negeri Kedah Sesi 2023/2024. Semoga pemenang berjaya menjadi Johan Anugerah Lestari Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Langkawi pada 21 Oktober 2024 sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2024.

Penganjur
JAS KEDAH
Fail / Media (15)
  • 20242309102254635.jpg .jpg Buka
  • 20242309102303278.jpg .jpg Buka
  • 20242309102309870.jpg .jpg Buka
  • 20242309102313923.jpg .jpg Buka
  • 20242309102319032.jpg .jpg Buka
  • 20242309102323309.jpg .jpg Buka
  • 20242309102330213.jpg .jpg Buka
  • 20242309102338124.jpg .jpg Buka
  • 20242309102345586.jpg .jpg Buka
  • 20242309102403918.jpg .jpg Buka
  • 20242309102410784.jpg .jpg Buka
  • 20242309102416321.jpg .jpg Buka
  • 20242309102427308.jpg .jpg Buka
  • 20242309102537734.jpg .jpg Buka
  • 20242309102720721.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS