Penerangan
Satu Program Langit Biru Tanpa Pembakaran Terbuka dan Jejak Merdeka Anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah Bersama Pejabat Daerah dan Tanah Baling Dan Majlis Daerah Baling – Program Bersama Jabatan dan Agensi (Perwakilan Kuasa) telah diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Baling Kedah. Program ini juga merupakan program sisipan sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 21 Oktober 2024 ini di Langkawi dan juga sambutan 50 Tahun penubuhan Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
Program ini turut melibatkan seramai 100 orang peserta dari pelbagai Jabatan dan Agensi dari seluruh Negeri Kedah. Aktiviti telah dijalankan adalah Ceramah Perwakilan Kuasa bagi Penyiasatan Pembakaran Terbuka untuk Jabatan dan Agensi yang telah diberikan kuasa oleh Pegawai Jabatan Alam Sekitar serta Ceramah Penyiasatan Pembakaran Terbuka oleh Pegawai BOMBA. Selain itu, edaran risalah mengenai Larangan Pembakaran Terbuka turut diedarkan kepada semua peserta.
Upacara Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Sharifah Zakiah Binti Syed Sahab, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah bersama Encik Mohd Fitri Bin Mohd Mokhtar, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dan Encik Mohd Nazri Bin Ramli, Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah. Turut diadakan upacara potongan ribbon oleh Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah sebagai simbolik pelancaran bagi program yang diadakan ini.