PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS

MAJLIS PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI SESI 2023/2024 PERINGKAT NEGERI JOHOR

nasir.ibrahim 23/09/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI SESI 2023/2024 PERINGKAT NEGERI JOHOR
Tahun
2024
Organisasi
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR
Lokasi
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Penerangan

11 SEPTEMBER 2024, JOHOR BAHRU - Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2023/2024 Peringkat Negeri Johor telah diadakan di Dewan Seminar, Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Badlishah bin Ahmad, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor. Turut hadir sama adalah Tuan Haji Yahya bin Mohamed, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor, para panel penilai, pengetua dan guru besar, guru-guru serta murid- murid dari sekolah yang menyertai program SLAAS. Sebanyak 44 buah sekolah seluruh Negeri Johor telah mendaftar bagi menyertai program ini yang mana tempoh promosinya bermula pada tahun 2023 dan tempoh penilaiannya pada tahun ini. Penyertaan dan penilaian yang dijalankan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah & Kategori Sekolah Menengah. Walau bagaimanapun hanya 27 buah sekolah (21 buah sekolah rendah & 6 buah sekolah menengah) yang berjaya menyediakan dan mengemukakan laporan untuk dinilai pada tahun ini. Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada 27 buah sekolah ini atas sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini. Senarai Pemenang Sekolah Lestari Sesi 2023/2024 Peringkat Negeri Johor adalah seperti berikut: Kategori Sekolah Rendah: Tempat Pertama : Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara Tempat Kedua : Sekolah Kebangsaan Taman Suria Tempat Ketiga : Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai Tempat Keempat : Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1 Tempat Kelima : Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bin Chong Kategori Sekolah Menengah: Tempat Pertama : Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang Tempat Kedua : Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sultan Ibrahim Tempat Ketiga : Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail Tempat Keempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yassin Tempat Kelima : Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kota Tinggi Sekolah-sekolah yang terpilih untuk menerima anugerah hari ini telah menunjukkan contoh teladan dalam pelbagai aspek terutamanya lima komponen utama di dalam pelaksanaannya iaitu komponen pengurusan, kurikulum, kokurikulum, penghijauan dan elemen khas. Usaha dan kreativiti yang ditunjukkan oleh pelajar, guru, dan pihak pengurusan sekolah adalah amat terpuji. Diharap penyertaan pihak sekolah dapat diteruskan untuk kitaran yang akan datang.