PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

Sambutan Hari Ozon Sedunia 2024 Peringkat Negeri Johor

JAS JOHOR 23/09/2024 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Sambutan Hari Ozon Sedunia 2024 Peringkat Negeri Johor
Tahun
2024
Organisasi
JAS JOHOR

Penerangan

Pada 11 September 2024, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menganjurkan sambutan Hari Ozon Sedunia 2024 Peringkat Negeri Johor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Program ini penuh dengan aktiviti menarik dan informatif yang bertujuan meningkatkan kesedaran kita tentang pentingnya melindungi lapisan ozon. Antara aktiviti yang diadakan adalah ceramah Protokol Montreal dan Penipisan Lapisan Ozon, tayangan video dan kuiz alam sekitar serta demonstrasi penggunaan refrigeran identifier analyzer. Turut hadir dalam program ini Puan Mazrita binti Masnon, Ketua Penolong Pengarah, serta wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN) dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG). Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menjayakan program ini. Marilah kita teruskan usaha kita dalam melindungi lapisan ozon dan memastikan bumi kita kekal selamat untuk generasi akan datang.