PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Pengawasan

RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS NEGERI SELANGOR

normuhamad 20/09/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS NEGERI SELANGOR
Tahun
2024
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor
Lokasi
Sepang

Penerangan

Sepang, 14 September 2024 – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan siasatan di kawasan industri dan komersial, Daerah Sepang seperti Salak Tinggi, Jalan Labohan Dagang-Nilai, Kompleks Perabot Olak Lempit, Jalan Banting-Semenyih, Bandar Mahkota Banting, Persiaran Mahkota, Kawasan Perindustrian Bandar Mahkota Banting dan Persiaran Graphite, dan Pekan Dengkil. Hasil siasatan mendapati kebanyakan premis tidak beroperasi terutama pada hari minggu. Tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang yang beroperasi dan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan rondaan. Pemantauan dari masa ke semasa akan terus dijalankan. JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol: 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di [email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan