Penerangan
11 September 2024, Langat - Sesi Libat Urus melibatkan JAS dan Indah Water Konsortium (IWK) telah diadakan di Loji Rawatan Kumbahan Serantau Langat (RSTP Langat), Selangor. Sesi Libat urus tersebut telah diketuai oleh Ir. Ts. Manirajah, Ketua Organisasi Unit Langat dan Ketua-Ketua Unit Zon Operasi IWK. Manakala, wakil dari JAS telah diketuai oleh Haji Al-Razi Bin Kamarudin selaku Ketua Cawangan JAS Kajang dan pegawai-pegawai penguatkuasa.
Sesi libat urus tersebut telah diadakan bagi melihat teknologi dan inovasi yang direka oleh Tokyo Metropolitan Sewerage Service Japan dalam mengolah kumbahan pada kuantiti yang besar dan juga membincangkan isu-isu tadbir urus alam sekitar dalam pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Lawatan ini juga adalah merupakan salah satu daripada aktiviti pencegahan pencemaran, penguatkuasaan undang-undang dan kawalan alam sekitar yang bersepadu bagi memastikan isu-isu pencemaran alam sekitar dapat ditangani secara holistik dan berkesan.