PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PROGRAM KOMUNITI LATIHAN BOMBA SUKARELAWAN DALAM PENGURUSAN KEBAKARAN DI KAWASAN TANAH GAMBUT

normuhamad 20/09/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KOMUNITI LATIHAN BOMBA SUKARELAWAN DALAM PENGURUSAN KEBAKARAN DI KAWASAN TANAH GAMBUT
Tahun
2024
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor
Lokasi
Johan Setia

Penerangan

7 September 2024, Johan Setia - Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dengan kerjasama Balai Bomba & Penyelamat Banting dan Balai Bomba & Penyelamat Andalas telah mengadakan ‘Program Komuniti: Latihan Bomba Sukarelawan Dalam Pengurusan Kebakaran di Kawasan Tanah Gambut’ di Balai Penghulu, Kampung Johan Setia, Klang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Taklimat Modul Peatland Fire Suppression yang disampaikan oleh Tuan Muhammad Fadzrul Azren, Ketua Balai Bomba & Penyelamat Banting dan Modul Latihan Hands-On Tatacara Pemadaman Kebakaran Tanah Gambut oleh wakil dari Balai Bomba & Penyelamat Banting. Program ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penglibatan orang awam dan komuniti dalam usaha untuk mencegah kebakaran tanah gambut. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama antara agensi-agensi dibawah Kerajaan Negeri Selangor, komuniti dan semua lapisan masyarakat di Negeri Selangor. Seramai lebih kurang 30 orang wakil dari agensi kerajaan yang terdiri daripada Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN), Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Angkatan Pertahanan Awam dan 40 orang Bomba Sukarelawan dari komuniti Johan Setia, Kg Delek dan Kg Rantau Panjang telah menyertai program ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan